Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

emo2...emotionality...ooopss!!

Hurmmmm…hari ni aku rasa nak adakan sesi luahan perasaan la plak kan…

warggghhh....ape kes ni??tetiba je nak emo2…herghhh!! Nak kena sekeh??

Sebenarnya kan…actually….aku dah bosan….aku dah bosan...cewaahhh…cam lagu lak ni…uhuk3…testing sore sket…ehemmm2…..isk…xleh teruskan…sakit tekak lak….aishhh…xyah la citer perkara yang membosankan…hehe….

Bila cite pasal percintaan…ada yang senyum, ade yang tarik muka 14…muncung jer.…

yang tengah mengusha2 tu terasa geram…bilalah aku nak dapat pasangan idaman aku nih….yang dah berjaya menackle tu…tersengih lebar tahap angkasa lepas…setiap hari adalah hari yang paling indah dan bahagia….yang baru putus cinta…..aku xnak citer lebih2…takut banjir lak umah, cc mahupun ofis…kat mane2 yang orang leh access blog aku nih…ish3

apa yang menjadi persoalannya….apakah jaminan percintaan itu akan kekal sampai akhir hayat?? memanglah…setiap pasangan akan janji nak sehidup semati…tapi betulkah janji tersebut?? boleh caya ke…kadang2 janji itu hanya satu rekaan untuk menjaga hati pasangan masing2…..ada yang surely boleh dipercayai….ada yang sipi2….ada jugak yang memang nampak xboleh dipercayai….So…yang mana satukah jenis percintaan anda...hope yang first tu la ye…=)

adess….aku x percaya cinta….cam lagu liyana jasmay tu…aku xpercaya cinta….ooohoooo….emo kan aku nih…heee….banyak pengalaman yang dah aku dengar, tengok dan xkurang juga yang aku rasa sendiri…..memang bahagia bila dilamun cinta…tapi bila dah putus cinta…ape jadi?? Mereka yang lemah jiwanya…mulalah rasa nak terjun bangunan, lautan,landasan keretapi…segala macam benda la dia nak terjun…kalo boleh dari kapal terbang pun mau….aishhh…susah nak lupakan tuu...aku pulak...paling teruk pun menangis jer...bila spend masa dengan kawan....dengan magiknya kesedihan itu akan hilang...=)

cinta yang sejati hanya bila seseorang itu sudah berkahwin…dalam erti kata lain menikah..faham x?? menikah….nak kena eja ker....tapi itu pun bukanla cinta…hanyalah keikhlasan hati untuk menerima dan membimbing pasangan masing2….cinta sejati hanya kepada Allah SWT…kebahagian yang sebenar akan tercapai apabila dua hati bersatu hanya kerana Allah SWT…=)

**berhati2 la memilih pasangan...sekiann..

Wednesday, December 16, 2009

berkepit je tau!!

adoiiiii....ngantoknyerrrrr....ngantok...ngantok....ngantok......!!!

tapi kan....nape la aku ni malas nak masuk bilik n melelapkan mata ni?? stil nak menghadap laptop ni...hensem n macho sangat ke laptop aku nih??? aku tengok kaler krim n hitam je....aiii....macho kot...aku dah xleh berpisah dengan my laptop nih...balik umah je berkepit dengan benda nih...haha...sayang sungguh! =p

aku rasa besok bengkak la mata aku nih...eh?? jap2... tiap2 hari memang bengkak pun mata ni...wakaka...padan muka aku...orang sume sibuk nak masuk bilik awal2...nak lelapkan mata cepat2...tido lama2...aku je yang nak berkepit dengan laptop sampai xhirau waktu tidur...dah bengkak mata ni...tapi xserik2 lagi...aisey...

sampai bila nak gini ni yunazima?? tolong la weh...tolong la rajinkan diri ko masuk tido awal2...baru puas hati tido...jangan sibuk nak berkepit dengan laptop je...hoho...mata pun xbengkak..baru nampak bersemangat sket pagi2...

insyaAllah....=)

Monday, September 7, 2009

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

***semoga amalan kita sepanjang Ramadhan diterima..aminnn...