Friday, December 31, 2010
Bye2 2010
Monday, December 20, 2010
Monday Blues - terlebih suda!
hari ni ari isnin...
sepatutnya hari adalah ari 'monday blues' kat ofis...
tapi sebaliknya yang berlaku...
perkara ni lebih sadis daripada 'monday blues'...
wahhhh...kah3!
meh2...baca apekah yang berlaku hari ini...
kepada me n my twin...(hahaha! babitkan dia sekali)
ok...start dari pagi oraite...
kul 5.15 am..
"timeless ibyeoreun anijyo. hanbeonui salmiramyeon jigeum urinde hold time baby timeless i gaseume mudeoyo sunganui yeolbyeongcheoreom jamshiman apeul ppunini"
-->ishhh...kaco je alarm nih - postpone
kul 5.45....
-bangun2....g mandi...ahhh....segar badan...hehe..
-then bersiap2 dengan cun n cute...ahahaa (ayat per....)
---> ooo...yeah! (^_^)
kul 6.30 am
-bergerak ke destinasi mendebarkan --->> segambut here i come! ;)
kul 8.30 am
-urusan penting sebelum detik mendebarkan...hohoho! ;p
kul 9 am n ke atas
- tunggu giliran dengan nebes2...huk3...haishh!
kul 10 am lebih2 gitu
- sampai giliran tuk test...test ape? test JPJ jalanraya...hoho
- masuk keta sambil bagi salam tapi....org tu wat kerek jew...xpe2....check ape yg patut n pakai tali pinggang keledar...yeah!
-mula jalan..ok...sampai kat bukit tinggi....fuhh...seb baek lepas...yesss!! rase best lagi... :)
-traffic light n school - lepas...yesss!!
-tetiba dengar bunyi 'degang!!'...huh??? pe tu?? then dengar lak encik jpj tu suh turun n dia nak bawa keta...apelah? huhuhu
- jpj,"awk xperasan kew bunyi tadi??" - me,"ooopppsss! perasan..ape tu?", -jpj,"awk xtatu ke tu bunyi langgar divider, xperasan kew?" - me,"perasan...huhuhu", -jpj,"awk turun,meh saya bawak keta lak", - me,"ok...huk3" ---->> sedey beb! frust2...apsal la ade divider kat situ...huwaaa~
kul 10.30 am lebih2 gitu
- tunggu turn test lam litar lak..
- no 25!! (uncle jaga keta jerit)
- start naik bukit...lepas...yesss!!
- parking....lepass...yesss!!
- 3 penjuru...fail!! argghhh...langgar divider lagi... :(
--->> lepas tu g jumpe jpj litar n amik kad test...then terus jumpa cikgu...huhuhu..maaf cikgu, saya fail arini... :(
kul 2 pm lebih2 gitu
- sampai kat umah, mesej2 my love, main2 farmville....tidow~
* cite sadis di ari 'Monday Blues'
Monday, December 13, 2010
2 tahun lebih suda~
rupa-rupanya dah 2 tahun 1 bulan 2 minggu 3 hari aku berblog..
sungguh xsangka...berjaya mengekalkan blog nih...
thanx for all the support.. :)
26 oktober 2008 --> 26 oktober 2009 ---->>> setahun
26 oktober 2009 --> 26 oktober 2010 ---->>> setahun
26 oktober 2010 --> 26 november 2010 --->> 1 bulan
26 november 2010 --> 10 december 2010 --->> 2 minggu
10 december 2010 --> 13 december 2010 --->> 3 hari
wohhh...hope next year xlupe tarikh 26 oktober 2011...
nak menulis pada ari tersebut...
ulangtahun ke-3....My Lovely Blog....
---->> Turquoise Fanatic [love this colour so much! ] <<----
banyak kisah dalam blog nih...
pahit,manis,suka,duka...
asam garam kehidupan diri seorg Yunazima..
curahan rasa hatiku..from 2008 until now... :)
Sunday, December 5, 2010
sayang menyayang~
2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

*** my Dear harus baca! kui3... :p
Saturday, December 4, 2010
say YES!
say YES!!
alkisahnye pagi tadi singgah kat booth yes4g @KL Sentral...pastu dengar2...tanya2 salesgirl....
cam best lak nak yes4g ni kan..sebab bb baru lagi...
antara ke'best'an yes4g :
1) ofkos speed lebey laju dr bb yang lain...maklumla baru lagi... :)
2) xperlu bayar bil bulanan -> topup rm30 je setiap bulan untuk usage 3gb...kalo ada baki kredit, akan ditambah pada bulan seterusnya... so lebey jimat... :)
3) tengah ade promosi -> percuma 10gb usage sehingga 19 dec 2010..lagi percuma rm10 kredit untuk 10 bulan...so...perlu topup rm20 je la untuk 10 bulan pertama..lagi jimat.. :)
4) xpakai simcard sebab dah ade chip kat modem dia.. :)
satu je kelemahan yes4g ni bagi saya la...iaitu.........tiada coverage kat kg halamanku...huk3...
apa-apa pun...setakat ni stil berpuas hati dengan yes4g....tiada lagi kekerutan di kening time main farmville n cafe world kat uma cheras....ahakkksss!! (^_^)
Friday, December 3, 2010
kesensitipan~
majuk kerana kelaparan...
ajak2...no response...
terus kuar sambil wat muka sedey...huhu
sadisss!!
keseganan lak kerana kesensitipan arini...
hohoho~
minta maap ye kenkawan...
tersensitip sket arini..
ihikss! =p
Monday, November 29, 2010
poetry?? note??
atau hanya mimpi yang tiada pernah akan berakhir..
terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya pada dia..
x ingin meratapi sedih hidup tanpa dirinya~
Monday, October 25, 2010
emo.. ("~")
aiyoo...why2??
xpe2..tunggu besok lusa...
kalo x...unactivate akaun nih kot...huhu
ape gune akaun fb kalau xdapat nak komen2...
haisshhh...kacau tol..(T_T)
sementara tu...cool down baby!
layan lagu maher zain dulu...
4 the rest of my life...
the sweet song...
i love it very much! =)
Friday, October 15, 2010
Anugerah Blogger Harapan
time kasih...thanx to blogger fyez yang telah dengan susah payahnya mengenalpasti saya sebagai salah seorang penerima anugerah ini...saya rasa blog saya ini biasa2 aje deh...xsangka dapat award ini...best sungguh rasanya...rasa cam nak makan kek secret recipe indulgence gitu(siap bagi flavor lagi nih...=p)
mehla saya tunjukkan gambar award ni sebagai bukti...haaaa....jangan x percaya okeh...(^_^)
ini la bukti yang nyata lagi sahih...once again...thanx a lot to fyez...=)
selepas membebel2 ape yg patut pasal award nih...kena la sempurnakan task2 yang diberikan lak kan...baru betul blogger sejati(sejati ke? hik3..=p) ok..let's go to the task bebeh....hihi
1. Kenapa suka 'Memori Sang Muda'
---> wahhhh...selepas membaca blog ini saya tersuka lak...x terjatuh cinta lagi okeh...best n nice entry...simple...penuh perasaan pun ade...ai laikkkk it...=)
blogger ni pemilik award nih rupenya...thanx to the blogger jua sebab memperkenalkan award ini yew...=)
2. Reaksi selepas mendapat award ini
----> rasa syiok...hua3.....sebab da lama xdapat award...bersemangat nak keje di pagi2 hari jumaat ini...sambil mengarang kat blog..kah3....=p
3. Memasing award
----> ye..inilah blogger yang saya kenalpati untuk award ini
1) Memories Never Fade -- ni blog my twin..da brp lama x update daa....tapi entri dia pun nice2 aje...update beb...jangan tinggal lama2 sangat k...kui3..
2) The Colours Of Daisy -- ni blog senior my twin at UMP...tapi dah kenal my twin..mestilah kenal saya...akak ni nice person...best2..thanx sudi kawan ngan twin ida ni ye k.nida...=)
3) Ikhwan's Site -- ni blog group mate kat GEMS..blog yang penuh dengan maklumat....bagus sharul...dengan ini dianugerahkan award nih....hehe
-- nanti kalo ade lagi..saya tambah yew...=p
p/s : nanti nak lagi award...sesape tolong kasi...hik3
(ayat demand award...senget~)
wakakaka... =D
Wednesday, October 13, 2010
bermimpi lagi~
pada dugaan kau menyerah
sedaya ku tahan gelisah
namun tanpamu aku rebah
katakan ku masih di hati
walau helah x kupeduli
asal lena x dikejuti
kerna ku masih..
bermimpi lagi....
hurmmm...kenapa ade lagu ni??
adesss!!
Wednesday, October 6, 2010
so so happy
Wednesday, September 8, 2010
~My 24th Years Old Bday~
uwahhh....cepatnye masa berlalu...
rasenya baru je menyambut besday yang ke-23...
rasenya baru je berhuha-huha kat UTeM....
rasenya baru je bekerja...tapi dh beberapa bulan di sini...
sangat x terasa sekejapnye waktu berlalu...huhu
Hari ini hari istimewa dalam hidupku...
hari ulangtahun kelahiran aku ke dunia ni...
ulangtahun pertama kalinya aku menatap cahaya...
ulangtahun pertama kalinya aku bersuara...
walaupun hanya tangisan yang keluar...
sungguh puitis dan dramatik ayat ini...kui3...=p
Hari ini juga aku rase gembira sangat2...
ramai kawan2 yang wish my birthday...
aku sangat2 menghargai ucapan2 mereka...
itu tandanya mereka stil lagi ingat aku sebagai their fren...
thanks to all of them...
love u all very much!! (^_^)
Hari ini juga mendapat duit raya...
duit raya daripada bos..
Alhamdulillah...syukur...
walaupun baru je beberapa bulan berada di ofis ni...
dah dapat duit raya...
thanks my boss..=)
-----------**Selamat Menyambut Hari Raya yang Mulia**-------------
-----------------------------yunazima--------------------------------------
Saturday, August 14, 2010
yeahaaa~!!
keluar membeli tiket....
hoye!! balik kampung di bulan Ramadhan....
sekarang sambil menunggu...melayan lagu2...
lagu feminin, untukmu....feeling2...hua3....
teringat zaman sekolah dulu..
sume lagu2 jiwang di layan...
lagu feminin,kru,new boyz...
yg english lak westlife,backstreet boys...
siap ade sticker agi,lekat dekat fail...
xpun gunting poster dekat majalah ataupun paper...
hohoho...
xsabar2 nak balik kampung nih....
xsabar2 nak jumpa family...
xsabar2 nak bersahur dan berbuka bersama2....
xsabar2 nak tengok keadaan kampung skrg nih....
aiseyyy...
sumenya membuat hatiku xsabar2....
hahaha....=p
hatiku juga xsabar2 nak meet my sweetheart...
tapi nak balik kampung dulu...
lambat lagi la nak jumpa nih...huhu
xpe la...dah adat duk jauh...heee...=)
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan 2010
Wednesday, July 28, 2010
oooo...oooo~~!!
Tuesday, July 6, 2010
--System Error---
Friday, May 14, 2010
adesss~~
Wednesday, May 12, 2010
uhuk3...adess!!~~
Monday, April 26, 2010
yeay!! (^___^)
di pagi hari tadi....aku sangat la rase best selepas on9 fesbuk dan melihat status beberapa orang..nak tau kenapa?? sebabnya my team CHELSEA berjaya meraih kembali tempat pertama daripada MU...hehehe...walaupun aku xde kena mengena dalam game tu tapi rase best la sebab sokong CHELSEA...keceriaan bertambah di pagi hari tadi...(^___^)
huhuhu....malam ni aku seorang lagi kat umah...my twin dan kenkawan bekerja sebelah petang smpai malam....nampaknya dalam masa 2 bulan ni, duk sorang2 la kat umah...adesss...first2 time dulu ade la rase takut sket2...hehe...sekarang nih, rasa dah biasa dah...malam2 gini...dengar bunyi anjing menyalak sayup2...then ada pakcik cina berbual2 di luar umah nih...pahtu budak2 duk main kat luar...haissshhh...kat sini suasana agak bising...xsama macam kat menara orkid dulu...senyap je...kitorang je yang bising...hahahaha...=p
walaupun begitu...aku tetap bersyukur dapat tinggal kat sini..boleh kenal kawan2 ida...jadi kawan baruku...tambah kenalan katakan...diorang semuanya ok2....dan yang paling penting x sombong dan boleh bergaul mesra...hoye!! =)
oooo yee....baru2 ni baru aku tau leh naik bas dari lrt ke apartment aku ni...hahaha..so, petang tadi aku naik bas je la...xyah dah jalan selama 10 minit...fuhhhh...ponat tu...dah la sebuk je jalan...huhuu...tadi xpenat dah...yeay!! seronok tolll...ewah2 aku ni...cam xpernah naik bas lak...excited abes nak cite...hahaha...
ok laa...aku nak bebel ape lagi pun xtau nih...huisshhh...nak sambung wat keje ni...okess...gudnite all...sweet dreams especially to ........ (^_^) tata~
Thursday, April 22, 2010
huhuhu...adess
ooopppsss..lupe lak nk bagi salam n tanya kabar sume...hihi...ape x nya...start perkataan pertama je terus meraung...x sabar2...sakit sangat,...hohooho....=p
telingaku yang comel ni sakit dari last week lagi...hu3...dah pegi klinik dah...pahtu cam biasa la..Dr kat sane chek lam telinga gune alat dia yg canggih manggih tu...canggih la kot bagi aku sebab leh detect masalah dalaman...padahal alat tu guna untuk tengok keadaan lam telinga je,cam mikroskop...kui3....pahtu bagi ubat yang cam biasa gak....bosannnn ngan ubat...huu...ubat titik,antibiotik n ubat tahan sakit...then bayar la perkhidmatan yang agak mahal bagi aku...rm45.....haha..
maka...sakit telinga hilang dalam 2 3 hari...hari ini dia kembali mengganaz...wahhhh..sadis sungguh!!! why do u come back...just go away...uhuuu....tadi dah la ade meeting dengan klien, xdapat nak fokus sepenuhnya...ish3...kesakitan telinga menggamit kepekakan...hohoho...tahan je la dulu sakit tadi...iskkkk...
hurmmm....hujung minggu ni nak buat ape ye? kawan ajak g tgk wayang...cam nak ikut je...lagipun xde ape2 plan lagi....ataupun balik ke sentul..melepak dengan housemates lama....bergalokss bersama...haha...=p
eeee....nape lak ni...cam xsabar nak minggu depan...ape benda la yang best minggu depan ek?? ade org tertentu je tau nih...wakaka!! =p...saya xmo gtau ape2 di sini....it's a secret recipe plan...cewahhh...xleh tahan tol...hee....ok la...dah mula busy balik ni...next time lak beramah mesra ye....tata n take care all my blog readers...=)