Friday, December 31, 2010
Bye2 2010
Monday, December 20, 2010
Monday Blues - terlebih suda!
hari ni ari isnin...
sepatutnya hari adalah ari 'monday blues' kat ofis...
tapi sebaliknya yang berlaku...
perkara ni lebih sadis daripada 'monday blues'...
wahhhh...kah3!
meh2...baca apekah yang berlaku hari ini...
kepada me n my twin...(hahaha! babitkan dia sekali)
ok...start dari pagi oraite...
kul 5.15 am..
"timeless ibyeoreun anijyo. hanbeonui salmiramyeon jigeum urinde hold time baby timeless i gaseume mudeoyo sunganui yeolbyeongcheoreom jamshiman apeul ppunini"
-->ishhh...kaco je alarm nih - postpone
kul 5.45....
-bangun2....g mandi...ahhh....segar badan...hehe..
-then bersiap2 dengan cun n cute...ahahaa (ayat per....)
---> ooo...yeah! (^_^)
kul 6.30 am
-bergerak ke destinasi mendebarkan --->> segambut here i come! ;)
kul 8.30 am
-urusan penting sebelum detik mendebarkan...hohoho! ;p
kul 9 am n ke atas
- tunggu giliran dengan nebes2...huk3...haishh!
kul 10 am lebih2 gitu
- sampai giliran tuk test...test ape? test JPJ jalanraya...hoho
- masuk keta sambil bagi salam tapi....org tu wat kerek jew...xpe2....check ape yg patut n pakai tali pinggang keledar...yeah!
-mula jalan..ok...sampai kat bukit tinggi....fuhh...seb baek lepas...yesss!! rase best lagi... :)
-traffic light n school - lepas...yesss!!
-tetiba dengar bunyi 'degang!!'...huh??? pe tu?? then dengar lak encik jpj tu suh turun n dia nak bawa keta...apelah? huhuhu
- jpj,"awk xperasan kew bunyi tadi??" - me,"ooopppsss! perasan..ape tu?", -jpj,"awk xtatu ke tu bunyi langgar divider, xperasan kew?" - me,"perasan...huhuhu", -jpj,"awk turun,meh saya bawak keta lak", - me,"ok...huk3" ---->> sedey beb! frust2...apsal la ade divider kat situ...huwaaa~
kul 10.30 am lebih2 gitu
- tunggu turn test lam litar lak..
- no 25!! (uncle jaga keta jerit)
- start naik bukit...lepas...yesss!!
- parking....lepass...yesss!!
- 3 penjuru...fail!! argghhh...langgar divider lagi... :(
--->> lepas tu g jumpe jpj litar n amik kad test...then terus jumpa cikgu...huhuhu..maaf cikgu, saya fail arini... :(
kul 2 pm lebih2 gitu
- sampai kat umah, mesej2 my love, main2 farmville....tidow~
* cite sadis di ari 'Monday Blues'
Monday, December 13, 2010
2 tahun lebih suda~
rupa-rupanya dah 2 tahun 1 bulan 2 minggu 3 hari aku berblog..
sungguh xsangka...berjaya mengekalkan blog nih...
thanx for all the support.. :)
26 oktober 2008 --> 26 oktober 2009 ---->>> setahun
26 oktober 2009 --> 26 oktober 2010 ---->>> setahun
26 oktober 2010 --> 26 november 2010 --->> 1 bulan
26 november 2010 --> 10 december 2010 --->> 2 minggu
10 december 2010 --> 13 december 2010 --->> 3 hari
wohhh...hope next year xlupe tarikh 26 oktober 2011...
nak menulis pada ari tersebut...
ulangtahun ke-3....My Lovely Blog....
---->> Turquoise Fanatic [love this colour so much! ] <<----
banyak kisah dalam blog nih...
pahit,manis,suka,duka...
asam garam kehidupan diri seorg Yunazima..
curahan rasa hatiku..from 2008 until now... :)
Sunday, December 5, 2010
sayang menyayang~
2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.
*** my Dear harus baca! kui3... :p
Saturday, December 4, 2010
say YES!
say YES!!
alkisahnye pagi tadi singgah kat booth yes4g @KL Sentral...pastu dengar2...tanya2 salesgirl....
cam best lak nak yes4g ni kan..sebab bb baru lagi...
antara ke'best'an yes4g :
1) ofkos speed lebey laju dr bb yang lain...maklumla baru lagi... :)
2) xperlu bayar bil bulanan -> topup rm30 je setiap bulan untuk usage 3gb...kalo ada baki kredit, akan ditambah pada bulan seterusnya... so lebey jimat... :)
3) tengah ade promosi -> percuma 10gb usage sehingga 19 dec 2010..lagi percuma rm10 kredit untuk 10 bulan...so...perlu topup rm20 je la untuk 10 bulan pertama..lagi jimat.. :)
4) xpakai simcard sebab dah ade chip kat modem dia.. :)
satu je kelemahan yes4g ni bagi saya la...iaitu.........tiada coverage kat kg halamanku...huk3...
apa-apa pun...setakat ni stil berpuas hati dengan yes4g....tiada lagi kekerutan di kening time main farmville n cafe world kat uma cheras....ahakkksss!! (^_^)
Friday, December 3, 2010
kesensitipan~
majuk kerana kelaparan...
ajak2...no response...
terus kuar sambil wat muka sedey...huhu
sadisss!!
keseganan lak kerana kesensitipan arini...
hohoho~
minta maap ye kenkawan...
tersensitip sket arini..
ihikss! =p
Monday, November 29, 2010
poetry?? note??
atau hanya mimpi yang tiada pernah akan berakhir..
terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya pada dia..
x ingin meratapi sedih hidup tanpa dirinya~
Monday, October 25, 2010
emo.. ("~")
aiyoo...why2??
xpe2..tunggu besok lusa...
kalo x...unactivate akaun nih kot...huhu
ape gune akaun fb kalau xdapat nak komen2...
haisshhh...kacau tol..(T_T)
sementara tu...cool down baby!
layan lagu maher zain dulu...
4 the rest of my life...
the sweet song...
i love it very much! =)
Friday, October 15, 2010
Anugerah Blogger Harapan
time kasih...thanx to blogger fyez yang telah dengan susah payahnya mengenalpasti saya sebagai salah seorang penerima anugerah ini...saya rasa blog saya ini biasa2 aje deh...xsangka dapat award ini...best sungguh rasanya...rasa cam nak makan kek secret recipe indulgence gitu(siap bagi flavor lagi nih...=p)
mehla saya tunjukkan gambar award ni sebagai bukti...haaaa....jangan x percaya okeh...(^_^)
ini la bukti yang nyata lagi sahih...once again...thanx a lot to fyez...=)
selepas membebel2 ape yg patut pasal award nih...kena la sempurnakan task2 yang diberikan lak kan...baru betul blogger sejati(sejati ke? hik3..=p) ok..let's go to the task bebeh....hihi
1. Kenapa suka 'Memori Sang Muda'
---> wahhhh...selepas membaca blog ini saya tersuka lak...x terjatuh cinta lagi okeh...best n nice entry...simple...penuh perasaan pun ade...ai laikkkk it...=)
blogger ni pemilik award nih rupenya...thanx to the blogger jua sebab memperkenalkan award ini yew...=)
2. Reaksi selepas mendapat award ini
----> rasa syiok...hua3.....sebab da lama xdapat award...bersemangat nak keje di pagi2 hari jumaat ini...sambil mengarang kat blog..kah3....=p
3. Memasing award
----> ye..inilah blogger yang saya kenalpati untuk award ini
1) Memories Never Fade -- ni blog my twin..da brp lama x update daa....tapi entri dia pun nice2 aje...update beb...jangan tinggal lama2 sangat k...kui3..
2) The Colours Of Daisy -- ni blog senior my twin at UMP...tapi dah kenal my twin..mestilah kenal saya...akak ni nice person...best2..thanx sudi kawan ngan twin ida ni ye k.nida...=)
3) Ikhwan's Site -- ni blog group mate kat GEMS..blog yang penuh dengan maklumat....bagus sharul...dengan ini dianugerahkan award nih....hehe
-- nanti kalo ade lagi..saya tambah yew...=p
p/s : nanti nak lagi award...sesape tolong kasi...hik3
(ayat demand award...senget~)
wakakaka... =D
Wednesday, October 13, 2010
bermimpi lagi~
pada dugaan kau menyerah
sedaya ku tahan gelisah
namun tanpamu aku rebah
katakan ku masih di hati
walau helah x kupeduli
asal lena x dikejuti
kerna ku masih..
bermimpi lagi....
hurmmm...kenapa ade lagu ni??
adesss!!
Wednesday, October 6, 2010
so so happy
Wednesday, September 8, 2010
~My 24th Years Old Bday~
uwahhh....cepatnye masa berlalu...
rasenya baru je menyambut besday yang ke-23...
rasenya baru je berhuha-huha kat UTeM....
rasenya baru je bekerja...tapi dh beberapa bulan di sini...
sangat x terasa sekejapnye waktu berlalu...huhu
Hari ini hari istimewa dalam hidupku...
hari ulangtahun kelahiran aku ke dunia ni...
ulangtahun pertama kalinya aku menatap cahaya...
ulangtahun pertama kalinya aku bersuara...
walaupun hanya tangisan yang keluar...
sungguh puitis dan dramatik ayat ini...kui3...=p
Hari ini juga aku rase gembira sangat2...
ramai kawan2 yang wish my birthday...
aku sangat2 menghargai ucapan2 mereka...
itu tandanya mereka stil lagi ingat aku sebagai their fren...
thanks to all of them...
love u all very much!! (^_^)
Hari ini juga mendapat duit raya...
duit raya daripada bos..
Alhamdulillah...syukur...
walaupun baru je beberapa bulan berada di ofis ni...
dah dapat duit raya...
thanks my boss..=)
-----------**Selamat Menyambut Hari Raya yang Mulia**-------------
-----------------------------yunazima--------------------------------------
Saturday, August 14, 2010
yeahaaa~!!
keluar membeli tiket....
hoye!! balik kampung di bulan Ramadhan....
sekarang sambil menunggu...melayan lagu2...
lagu feminin, untukmu....feeling2...hua3....
teringat zaman sekolah dulu..
sume lagu2 jiwang di layan...
lagu feminin,kru,new boyz...
yg english lak westlife,backstreet boys...
siap ade sticker agi,lekat dekat fail...
xpun gunting poster dekat majalah ataupun paper...
hohoho...
xsabar2 nak balik kampung nih....
xsabar2 nak jumpa family...
xsabar2 nak bersahur dan berbuka bersama2....
xsabar2 nak tengok keadaan kampung skrg nih....
aiseyyy...
sumenya membuat hatiku xsabar2....
hahaha....=p
hatiku juga xsabar2 nak meet my sweetheart...
tapi nak balik kampung dulu...
lambat lagi la nak jumpa nih...huhu
xpe la...dah adat duk jauh...heee...=)
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan 2010
Wednesday, July 28, 2010
oooo...oooo~~!!
Tuesday, July 6, 2010
--System Error---
Friday, May 14, 2010
adesss~~
Wednesday, May 12, 2010
uhuk3...adess!!~~
Monday, April 26, 2010
yeay!! (^___^)
di pagi hari tadi....aku sangat la rase best selepas on9 fesbuk dan melihat status beberapa orang..nak tau kenapa?? sebabnya my team CHELSEA berjaya meraih kembali tempat pertama daripada MU...hehehe...walaupun aku xde kena mengena dalam game tu tapi rase best la sebab sokong CHELSEA...keceriaan bertambah di pagi hari tadi...(^___^)
huhuhu....malam ni aku seorang lagi kat umah...my twin dan kenkawan bekerja sebelah petang smpai malam....nampaknya dalam masa 2 bulan ni, duk sorang2 la kat umah...adesss...first2 time dulu ade la rase takut sket2...hehe...sekarang nih, rasa dah biasa dah...malam2 gini...dengar bunyi anjing menyalak sayup2...then ada pakcik cina berbual2 di luar umah nih...pahtu budak2 duk main kat luar...haissshhh...kat sini suasana agak bising...xsama macam kat menara orkid dulu...senyap je...kitorang je yang bising...hahahaha...=p
walaupun begitu...aku tetap bersyukur dapat tinggal kat sini..boleh kenal kawan2 ida...jadi kawan baruku...tambah kenalan katakan...diorang semuanya ok2....dan yang paling penting x sombong dan boleh bergaul mesra...hoye!! =)
oooo yee....baru2 ni baru aku tau leh naik bas dari lrt ke apartment aku ni...hahaha..so, petang tadi aku naik bas je la...xyah dah jalan selama 10 minit...fuhhhh...ponat tu...dah la sebuk je jalan...huhuu...tadi xpenat dah...yeay!! seronok tolll...ewah2 aku ni...cam xpernah naik bas lak...excited abes nak cite...hahaha...
ok laa...aku nak bebel ape lagi pun xtau nih...huisshhh...nak sambung wat keje ni...okess...gudnite all...sweet dreams especially to ........ (^_^) tata~
Thursday, April 22, 2010
huhuhu...adess
ooopppsss..lupe lak nk bagi salam n tanya kabar sume...hihi...ape x nya...start perkataan pertama je terus meraung...x sabar2...sakit sangat,...hohooho....=p
telingaku yang comel ni sakit dari last week lagi...hu3...dah pegi klinik dah...pahtu cam biasa la..Dr kat sane chek lam telinga gune alat dia yg canggih manggih tu...canggih la kot bagi aku sebab leh detect masalah dalaman...padahal alat tu guna untuk tengok keadaan lam telinga je,cam mikroskop...kui3....pahtu bagi ubat yang cam biasa gak....bosannnn ngan ubat...huu...ubat titik,antibiotik n ubat tahan sakit...then bayar la perkhidmatan yang agak mahal bagi aku...rm45.....haha..
maka...sakit telinga hilang dalam 2 3 hari...hari ini dia kembali mengganaz...wahhhh..sadis sungguh!!! why do u come back...just go away...uhuuu....tadi dah la ade meeting dengan klien, xdapat nak fokus sepenuhnya...ish3...kesakitan telinga menggamit kepekakan...hohoho...tahan je la dulu sakit tadi...iskkkk...
hurmmm....hujung minggu ni nak buat ape ye? kawan ajak g tgk wayang...cam nak ikut je...lagipun xde ape2 plan lagi....ataupun balik ke sentul..melepak dengan housemates lama....bergalokss bersama...haha...=p
eeee....nape lak ni...cam xsabar nak minggu depan...ape benda la yang best minggu depan ek?? ade org tertentu je tau nih...wakaka!! =p...saya xmo gtau ape2 di sini....it's a secret recipe plan...cewahhh...xleh tahan tol...hee....ok la...dah mula busy balik ni...next time lak beramah mesra ye....tata n take care all my blog readers...=)
Friday, April 9, 2010
aloha!!
nampaknye sekarang ni masa untuk mencoret ayat2 manis bergula dan ayat2 sesedap rasa semakin berkurangan....huwaaa....digantikan dengan kerja2 pengerahan kuasa dan tenaga minda kepada tugas berbakti kepada syarikat yang membawa kepada kesakitan otot2 otak....dan sekaligus membuatkan akal dan minda bekerja tanpa hentinya di hari2 bekerja...haaa...amik....cam mengarut je ayat aku nih....ingat nak buat karangan time sekolah menengah ke ape nih...hohoho...sungguh skematik yang realistik...=p
sape dah tengok movie how to train ur dragon??? xyah angkat tangan...xyah angkat kaki...xyah buat2 ape2...saje je tanye...hua3....best amat animasi nih....best3!!! seb baek xtengok 3D aritu..kalo x, mau aku melompat dari seat bile dragon tu mengganazzz...hehe...dannn....saya rasakan movie ni amat la comel.....Night Fury tu comel sangat2...bila dah dijinakkan.....ok...kalo mengganaz memang la nampak menakutkan...hohoho...aritu tengok movie ni kat The Curve....3 April 2010...jam 3.15 pm....=)
ape nak buat bila tetiba teringat masa lalu?? aduh...kadang2 muncul jugak...walaupun memang dah dilupakan...aishhhh....menyampah2...nak lari ke mana nih.?? lari ke mana2 pun stil akan ingat jugak...kenapa begitu??? why2?? pergilah dengan amannya...jangan datang lagi ke akal fikiran saya ni.....saya dah xnak ingat....xnak ingat ape2 k...dah xde maknanya...nak cipta kenangan baru....okehh!! ooopppsss....teremo sket...sorry k...hu3...
sekarang ni tengah melayan jugak movie 'the haunted mansion' kat tv3...ntah ape2 cite nih..mengarut xabis2....hahaha...malam ni saya terasa mau tido lewat la..besok kan cuti...syokkk cuti.....nak pegi jenjalan lagi...hoye!!! =)
ok laa...setakat ini aje coretan manis + pahit + masam dari saya untuk hari ini...jom kita melayan movie lak...kalo nak layan video2 clip lagu kegemaran anda pun ok jugak...ade lagu best share la ek...nak jugak dengar nih...hehe...orait...gudnite....(^_^)
Sunday, March 28, 2010
simple jer..hihi
Friday, March 26, 2010
huhuhu..
xpe2....sabar ye my blog..xkan aku siakan dikau...walaupun lama x update, aku masih menyayangimu...hihi...=p
ade masa lapang yang banyak nanti aku update dengan lebih banyak lagi..orait!!
ok..selamat malam deh...nite2..=)
Thursday, March 18, 2010
emo2...emotionality...ooopss!!
warggghhh....ape kes ni??tetiba je nak emo2…herghhh!! Nak kena sekeh??
Sebenarnya kan…actually….aku dah bosan….aku dah bosan...cewaahhh…cam lagu lak ni…uhuk3…testing sore sket…ehemmm2…..isk…xleh teruskan…sakit tekak lak….aishhh…xyah la citer perkara yang membosankan…hehe….
Bila cite pasal percintaan…ada yang senyum, ade yang tarik muka 14…muncung jer.…
yang tengah mengusha2 tu terasa geram…bilalah aku nak dapat pasangan idaman aku nih….yang dah berjaya menackle tu…tersengih lebar tahap angkasa lepas…setiap hari adalah hari yang paling indah dan bahagia….yang baru putus cinta…..aku xnak citer lebih2…takut banjir lak umah, cc mahupun ofis…kat mane2 yang orang leh access blog aku nih…ish3
apa yang menjadi persoalannya….apakah jaminan percintaan itu akan kekal sampai akhir hayat?? memanglah…setiap pasangan akan janji nak sehidup semati…tapi betulkah janji tersebut?? boleh caya ke…kadang2 janji itu hanya satu rekaan untuk menjaga hati pasangan masing2…..ada yang surely boleh dipercayai….ada yang sipi2….ada jugak yang memang nampak xboleh dipercayai….So…yang mana satukah jenis percintaan anda...hope yang first tu la ye…=)
adess….aku x percaya cinta….cam lagu liyana jasmay tu…aku xpercaya cinta….ooohoooo….emo kan aku nih…heee….banyak pengalaman yang dah aku dengar, tengok dan xkurang juga yang aku rasa sendiri…..memang bahagia bila dilamun cinta…tapi bila dah putus cinta…ape jadi?? Mereka yang lemah jiwanya…mulalah rasa nak terjun bangunan, lautan,landasan keretapi…segala macam benda la dia nak terjun…kalo boleh dari kapal terbang pun mau….aishhh…susah nak lupakan tuu...aku pulak...paling teruk pun menangis jer...bila spend masa dengan kawan....dengan magiknya kesedihan itu akan hilang...=)
cinta yang sejati hanya bila seseorang itu sudah berkahwin…dalam erti kata lain menikah..faham x?? menikah….nak kena eja ker....tapi itu pun bukanla cinta…hanyalah keikhlasan hati untuk menerima dan membimbing pasangan masing2….cinta sejati hanya kepada Allah SWT…kebahagian yang sebenar akan tercapai apabila dua hati bersatu hanya kerana Allah SWT…=)
Sunday, February 28, 2010
Rindui DIA
Hari kelahiran insan yang paling istimewa di muka bumi ini
seorang pemimpin yang teragung
insan yang paling dekat dengan Allah S.W.T
insan yang seharusnya dicintai dan dirindui oleh kita sebagai umat Islam
Salam MaulidurRasul buat semua umat Islam
marilah kita sama2 meluangkan masa
berselawat kepada Rasulullah S.A.W
Luahkan rasa rindu anda kepada baginda
Sepatutnya aku publish post ni hari tu..
tapi...busy la plak kan...ade keje sket...hu3...
pastu xde masa la nak beronline ari tu..
sekarang dah masuk 28 dah..
aisshhh,....tengah2 malam baru nak update blog
hahaha...tiba2 terfikir nak update..=)
ok la...dah malam sangat ni...
pasni nak tido lak..
selamat malam sume..
sweet dreams...=)
Monday, February 22, 2010
satu kejadian...
waaa....sungguh tragis..aku di dalam trauma sejak dari hari itu....hu3...satu kejadian yang tidak diingini hampir2 , nyaris2...suam2 kuku.....terjadi ke atas aku n my twin...sungguh menakutkan...
18 februari 2010...hari khamis yang sungguh indah...hari aku berehat2 dan bermalas-malasan di rumah sambil main facebook...sementara kembar aku pergi kerja..hehe...
tapi.....agak bosan duk rumah sorang2...membuatkan aku teringat benda yang bukan2...aisshhh...menyampah betul...hohoho...agak2 dalam jam 3.30 petang...ida tetiba sms aku...cakap nak pergi tengok wayang....apelagi....aku dengan sepantas kilatnya setuju mau ikut...bosan wehh duk umah tanpa buat apa2....xde teman nak berbual plak tuuu...aiii....
selepas itu dengan pantas aku bersiap ala kadar, ala2 nak pergi pasar...pakai t-shirt n jeans je...ngan tudung sekali laa...sebab nak pergi tengok wayang je pun...bukan nak pergi dating...hehe...lokasi hari tersebut adalah kat mid valley...kitorang menjejakkan kaki kat sana dalam jam 4.30 ptg...terus bergegas ke gsc...tengok2 barisan kat wayang tu punyala panjang...berfikir panjang gak kitorang samade nak teruskan plan or buat plan lain....selepas berdiscuss sekejap...maka kitorang pakat2 la nak teruskan jugak...alang2 dah sampai sana kan...rugi lak kalo x teruskan...hurmmm...
plan asalnya nak tonton spy next door...but...so sad...xde tayangan pada hari itu...isk3....so, pilih la movie lain...yang ringan2 la plak..sebabnya dah petang...takut abes lambat n takut balik malam...hu3...hasilnya terbelilah tiket Lu Pikirlah Sendiri...Selepas solat Asar...kitorang pun berseronok dalam panggung lebih kurang 2 jam...ada jugak babak feeling yang nak meleleh air mata nih..tapi xsempat leleh...ade je babak bergelak sakan...kui3..nasib baek...=)
selepas seronok bergelak dalam panggung tu..tibala masanya untuk pulang...dah jam 8 lebih....wah...takut2...hiii...aku n ida ambil keputusan naik komuter ke bank negara, lepas tu naik lrt ke sentul...kawan2 yang lain naik komuter ke kl sentral...sebab haluan yang berbeza...
setibanya di hentian bank negara...kitorang pun berjalanlah melalui laluan untuk ke lrt bandaraya...di sini la kisahnya....kitorang terserempak dengan seorang mamat ni....dia dengan tegasnya xnak bagi kitorang terus ke lrt...pada awalnya kitorang wat 'dek' je la sebab ingat dia main2...bajet cute lak...kah3....pastu sekali lagi dia cakap...xpayah pergi sane!! dengan nada lebih tegas...apehal plak dia ni kan...hohoho...rupa2nya dia ternampak ada orang kena samun kat bawah tangga lrt tu...uishhh...tergezut la kitorang...apelagi..terus ikut pergi hentian bank negara, then amik komuter pergi kl sentral...lebih selamat...
fuhh...terselamat dari satu kejadian yang menakutkan...lainkali memang kitorang xmo dah berjalan melalui laluan antara hentian bank negara dan lrt bandaraya tu...wargghh!! so scary!! syukur sangat2 sebab dah terselamat...terima kasih pada abang yang mengingatkan kitorang haritu..kalo xde dia...dah lama dah kitorang kena kot ni...kalau diingatkan balik perkara nih...memang menakutkan...
so...ingatan kepada diri dan semua...berhati2 la di mana anda berada...peka kepada persekitaran...jangan jadi mangsa...hu3....
p/s:Alhamdulillah...=)
Friday, January 29, 2010
ooopppssss....=p
Mu jangan marah2...jangan 'bekeng2'...baru lepas jumpa someone kan...harusla happy...hehehe...meh la cni aku nak nyanyi lagu special punya ko mu...ni lagu the click five...happy birthday...kalo mu xdengar suara aku yang sedap ni, silalah bukak sendiri lagu tu kat laptop mu...same je suara aku ngan dia...kui3...aku nyanyi sket je...=p
Why I'm on the phone
It's been a day or so
I know it's kind of late
But Happy Birthday
Well I miss you
I know it's kinda late
But Happy Birthday
Thursday, January 14, 2010
jiwang skettttt....
hehehe...tetiba saya nk post jiwang lam blog nih...saya ni kan minat giler lagu Black...ni sume gara2 suara dia yang best amat tu...ish3....ape laaa...bukan sebab saya ni jiwang karat k...jiwang ala kadar aje...=p
tapi kan....nape eh tetiba saya rasa lirik lagu ni best gak ek...wahhh...terasa amat jiwang sekali...hahaha...xpe kan...kadang2 jadi jiwang...bukan selalu pun...hehehe...untuk mengabadikan kejiwangan saya nih...saya pun dengan rajinnya men'copy' dan 'paste'kan lirik lagu Black yang famous itu...inilah dia lagunye...scroll down kalo nak tau lagu ape...=)
Aku Rindu Sayang Kamu
Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya
Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh
Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu
Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh
Ulang Chorus 3x
***hohoho...selamat berjiwang eh...=p
Monday, January 11, 2010
Happy Besday Hasmaria!
xpe2...saya wish secara special kat blog nih...buat dia terharu sket...
meh nak nyanyi sket....ehemmm2...suara ala2 manja gitu nih...special to my auntie yang comel, cute,cantik,menawan, anggun...hehe...bodek baik punya nih...=p
Happy birthday to you....
Happy birthday to you....
Happy birthday to Chic....
Happy birthday to you....
haaaa...best kan...nah amik la kek ni dulu...kita kan duk jauh nih...hu3...miss u!!
11th day in Jan 2010
hurmmm...nape la aku sekarang nih semakin malas nak menulis...sadis tol la...cian kat blog aku nih...dibiarkan...xpatut betul...isk3...sibuk bukak cafe, berkebun n jaga akuarium....hahaha....terpinggir blog aku...sabar aje la...=p
emmmm...semalam tengok la AJL...semua persembahan hebat2 belaka...em! tapi aku jatuh cinta satu lagu je sebab vokal penyanyi tu memang best amat...first time dengar lagu ni time kat uma...memang terus g download...xpuas dengar nih....heee...nak tau suara sape? mestila suara milik juara mentor, Black...bestnya ade suara macam dia...nyaring n best! adoiii....jelesnya aku...wakaka!! aku rindu sayang kamu!! =)
hari cuti weekend aku memang xpernah lekat kat umah...setiap hujung minggu pegi jenjalan...ape nak jadi laa...ish3...setiap kali ade je plan ngan member2....memang la ingat nak rehat kat umah aje time cuti...tapi da member ajak...xkan nak tolak lak...bosan tol kalo tolak...kui3....tanggal 10 jan 2010...kitorang pegi tonton movie kat Cheras Leisure Mall...TGV....tonton AVATAR...best amat weh...berbaloi...3 jam dalam panggung...dengan seat yang empuk giler...hilang segala kepenatan,ketensionan, ketegangan....kebingungan...dan segala macam 'ke....' lagi la...goood feeling at weekend...;)
malam nih...ku lepak2 depan tv n laptop ku yang hensem n macho ni...tengok di sebalik AJL2 4...ish3.....aku ada kerja sebenarnya nih...nak kumpul maklumat untuk laksanakan satu projek...Visa Tracking System...buat database untuk pekerja dari luar negara...baru je pagi tadi dapat assignment nih...besok nak dibincangkan...ada sesiapa nak tolong aku x? sangat la dialu2kn if ada yang nak tolong bagi maklumat...=)
ape lagi ek....hurmmm....xde ape2 dah...heee...hari nih xde banyak story la untuk dikongsi...hu3....till next time k...c u all soon.....