Wednesday, February 16, 2011

Hidup x selalu indah

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2...

menulis di pagi hari ni..

untuk berkongsi sesuatu yang menarik...

untuk menenangkan hati yang tengah gundah...

hati yang penuh emosi...

semoga tenangla hendaknya...

mari bersama kita hayati ayat di bawah...

kedengaran lagu Untukmu Kini dari feminin...lagu kegemaran di waktu sekolah..

**p/s : ada masa bahagia, ada masa duka...kembali kepada yang Esa...demi kebahagian mutlak :)

Monday, February 14, 2011

str4ess eh?

Assalamualaikum...dan selamat pagi kepada adik2, kakak2, abang2 dan sesiapa sahaja yang mengikuti ceramah saya pada pagi yang hening ini...tajuk ceramah saya pada pagi ini adalah....ehhh....no! no! no! itu skrip untuk ceramah kat sekolah la...salah occasion nih...hahaha ;p

Orait...let's try again....


Assalamualaikum n camat pagi sume...bloggers, followers and pembaca my blog...pekaba hari ini? hope sumenya sihat la ye...samela cam saya...sihat2 aje walaupun badan x berapa sihat (sihat lam bracket ok...kui3) tapi kecomelanku tetap terserlah....nah...amik...ayat perasan xley bla...hahaha...kawan2..jangan suke nak perasan macam saya k...nanti ade mamat macho datang ngorat...susah lak...aiyok!

huhh...pagi ni hati saya rase x bestla..nape ek? why? why? why? errrmmmm.....senget!
saya stress la...stress...stress...stress! elehhh..ni pun nk kecoh kan? kalo stress, pegila tengok Raja Lawak...tengok Nazmi wat lawak...mesti terhibur...ai laikkk Nazmi (dahsyattt!!!) hihihi

ape lagi ek yang perkara yang leh dibuat untuk hilangkan stress...sekaligus memadamkan memori tentang sesuatu perkara dasat yang kita pun dah lama x pikir and then tetiba je muncul dalam minda nih...ape ke sengal nya perkara itu....sungguh sadis!

Perkara yang selalu diamalkan adalah :
1) berwudhuk - untuk menyejukkan hati ini :)
2) baca ayat2 suci - fokus kepada bacaan boleh hapuskan ingatan terhadap perkara stress tersebut...walaupun sekejap tapi dah cukup menenangkan jiwa :)
3) bersenam - cara yang bagus untuk hilangkan segala stress...berjogging! :)
4) melepak di tempat2 yang menenangkan - ai laikkk pantai tepi umah :)
5) bershopping - cara tidak berapa bagus...hahaha ;p



hurmmm...ape lagi ye?? haish2..ku fikir2...berfikir2...hurmmm....kenkawan yang sudi...please elp me...ape lagi yang kenkawan akan buat?



**much appreciated if u help me..kenkawan akan
kelihatan lebey comel...tapi jangan melampau
comel lak....kalah i taw...:P

Wednesday, January 26, 2011

Andai~


Andai esok...
orang yang awak sayang BISU,
ape yang awak nak dia UCAP?

Andai esok...
orang yang awak sayang PEKAK,
ape yang awak nak dia DENGAR?

Andai esok...
orang yang awak sayang BUTA,
ape yang awak nak dia LIHAT?

tapi....

Andainya esok...
orang yang awak sayang PERGI untuk selamanya,
tiada lagi peluang untuk awak bersamanya.


Hargailah mereka yang anda sayang selagi masih ada waktu~




p/s : show ur love! :).

Saturday, January 8, 2011

Cheras ---> Sri Damansara

Alhamdulillah!! ;)

akhirnya setel jugak urusan pindah memindah...
fuhhh...penat berurusan, mengangkut, berfikir, bersesatan dan segala macam yang bersangkutan dengannya....


thank you so much kepada yang terlibat dalam urusan perpindahan rumah kami...hoye!! setel setel....seronoknyerrr~! =)


Dari Cheras -;















ke rumah baru - Damansara -;

Wednesday, January 5, 2011

dugaan~

Whatever happened has it own reason...
Ade hikmah di sebalik sesuatu kejadian..
Take whatever, dun give up...
Bersusah dahulu, bersenang kemudian...
Just walk no matter how hard...
Challenge urself, and get the reward..

just wanna share some quotes for those in problem or dilema or whatsoever.

p/s : hidup x selalunya indah... =.=

Tuesday, January 4, 2011

alhamdulillah :)

Hurmmm....hari ni login facebook pastu nampak foto2 terbaru diupload oleh my bestfriend sewaktu form 5 dulu..belek2 album dia...wahhh...seronok melihat dia sangat bahagia selepas pernikahan 2 tahun lepas, yang pernah saya ceritakan dalam post My Semester Break. sekarang dah sangat ayu dengan jubah dan tudung labuh...nampak sangat isteri yang solehah...(jeles lak...ngeh3 :p)
Dalam hati....berharap agar diberi peluang untuk mengecapi kebahagian seperti dia..semoga bakal suami dapat membimbing sebaiknya...aminn :)
Tahniah buat kenkawan yang sedang berbahagia...pray for me too...thanx (^_^)

Friday, December 31, 2010

Bye2 2010

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2..semoga pagi ni merupakan pagi yang indah buat semua...hari kan cuti...let's enjoy the holiday guys! ;)
wahhhh....pejam celik pejam celik...arini dah last day of 2010! Alhamdulillah..masih diberi peluang oleh Ilahi untuk aku menatap tahun 2011 dan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2010....Syukran! :)
tahun 2010 - tahun penuh ketenangan bagiku...walaupun pada awalnya sedikit kacau tapi berjaya diatasi---->>> ayat skema xleh blah! hahahaha! :p
apekah yang berlaku sepanjang 2010 yang aku xdapat lupakan??? hohoho...x sebanyak kenangan tahun 2009 agaknye... :)
<<--: Let's see them viewing through the month :-->>
Jan - sadness is overwhelming!! ottoke?? just move on with new hope... :)
March - something happened in my personal life...hohoho...what is that??? suspicious...
- trying to forget the sadness and start a new life with the new love :)
April - start working a new workplace - a secret place....syhhh~
there is not as much as 2009..haishhh~
ape azam tahun baru ni...semoga lebih baik dari tahun lepas dan azam paling penting bagiku adalah untuk mencapai peningkatan dalam karier -->> semoga tidak lagi berada pada position yang sama by the end of the year 2011...chaiyokk yunazima!! (^_^)
Last but not least...Happy New Year to all my family and friends...may u get more excited and joys in your life...just start a new life with no worries and add little bit of calmness, as much as u can..strive for ur new hope...Bye2 2010.... :)

Monday, December 20, 2010

Monday Blues - terlebih suda!

wohohoho...
hari ni ari isnin...
sepatutnya hari adalah ari 'monday blues' kat ofis...
tapi sebaliknya yang berlaku...
perkara ni lebih sadis daripada 'monday blues'...
wahhhh...kah3!

meh2...baca apekah yang berlaku hari ini...
kepada me n my twin...(hahaha! babitkan dia sekali)


ok...start dari pagi oraite...

kul 5.15 am..
"timeless ibyeoreun anijyo. hanbeonui salmiramyeon jigeum urinde hold time baby timeless i gaseume mudeoyo sunganui yeolbyeongcheoreom jamshiman apeul ppunini"

-->ishhh...kaco je alarm nih - postpone

kul 5.45....
-bangun2....g mandi...ahhh....segar badan...hehe..
-then bersiap2 dengan cun n cute...ahahaa (ayat per....)

---> ooo...yeah! (^_^)

kul 6.30 am
-bergerak ke destinasi mendebarkan --->> segambut here i come! ;)

kul 8.30 am
-urusan penting sebelum detik mendebarkan...hohoho! ;p

kul 9 am n ke atas
- tunggu giliran dengan nebes2...huk3...haishh!

kul 10 am lebih2 gitu
- sampai giliran tuk test...test ape? test JPJ jalanraya...hoho
- masuk keta sambil bagi salam tapi....org tu wat kerek jew...xpe2....check ape yg patut n pakai tali pinggang keledar...yeah!
-mula jalan..ok...sampai kat bukit tinggi....fuhh...seb baek lepas...yesss!! rase best lagi... :)
-traffic light n school - lepas...yesss!!
-tetiba dengar bunyi 'degang!!'...huh??? pe tu?? then dengar lak encik jpj tu suh turun n dia nak bawa keta...apelah? huhuhu
- jpj,"awk xperasan kew bunyi tadi??" - me,"ooopppsss! perasan..ape tu?", -jpj,"awk xtatu ke tu bunyi langgar divider, xperasan kew?" - me,"perasan...huhuhu", -jpj,"awk turun,meh saya bawak keta lak", - me,"ok...huk3" ---->> sedey beb! frust2...apsal la ade divider kat situ...huwaaa~


kul 10.30 am lebih2 gitu
- tunggu turn test lam litar lak..
- no 25!! (uncle jaga keta jerit)
- start naik bukit...lepas...yesss!!
- parking....lepass...yesss!!
- 3 penjuru...fail!! argghhh...langgar divider lagi... :(

--->> lepas tu g jumpe jpj litar n amik kad test...then terus jumpa cikgu...huhuhu..maaf cikgu, saya fail arini... :(

kul 2 pm lebih2 gitu
- sampai kat umah, mesej2 my love, main2 farmville....tidow~

* cite sadis di ari 'Monday Blues'

p/s : kawan2...lenkali jangan kutuk2 jpj eh...nanti fail kat litar...ooopppsss!!

Monday, December 13, 2010

2 tahun lebih suda~

wahhhh!!~ baru perasan...!!
rupa-rupanya dah 2 tahun 1 bulan 2 minggu 3 hari aku berblog..
sungguh xsangka...berjaya mengekalkan blog nih...
thanx for all the support.. :)

26 oktober 2008 --> 26 oktober 2009 ---->>> setahun
26 oktober 2009 --> 26 oktober 2010 ---->>> setahun
26 oktober 2010 --> 26 november 2010 --->> 1 bulan
26 november 2010 --> 10 december 2010 --->> 2 minggu
10 december 2010 --> 13 december 2010 --->> 3 hari


wohhh...hope next year xlupe tarikh 26 oktober 2011...
nak menulis pada ari tersebut...
ulangtahun ke-3....My Lovely Blog....


---->> Turquoise Fanatic [love this colour so much! ] <<----

banyak kisah dalam blog nih...
pahit,manis,suka,duka...
asam garam kehidupan diri seorg Yunazima..
curahan rasa hatiku..from 2008 until now... :)

Sunday, December 5, 2010

sayang menyayang~

hik3...arini nk wat post jiwang lak rasenya...ehh?? sebelum ni pun ade post jiwang gak...ahakkss!! anggapla post ni lebih jiwang daripada yang jiwang sebelum ni...kejiwangan melanda di petang ahad...wahaha...meh2 baca sume...jangan memalu meoww shy2 cat....hahaha... untuk menanbahkan lagi kejiwangan dan kebungaan post ni...akan dikalerkan dengan kaler jiwang...iaitu kaler pinkish....wohoooo~ :p


Adakah anda menyayangi pasangan seadanya?


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda. Kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


dilengkapkan lagi dengan picture yang berjiwang...wohoho....rilek2....jangan blushing2 u all...hik3... (^_^)



*** my Dear harus baca! kui3... :p

Saturday, December 4, 2010

say YES!

hohoho...horlicks!
say YES!!

alkisahnye pagi tadi singgah kat booth yes4g @KL Sentral...pastu dengar2...tanya2 salesgirl....
cam best lak nak yes4g ni kan..sebab bb baru lagi...

antara ke'best'an yes4g :
1) ofkos speed lebey laju dr bb yang lain...maklumla baru lagi... :)
2) xperlu bayar bil bulanan -> topup rm30 je setiap bulan untuk usage 3gb...kalo ada baki kredit, akan ditambah pada bulan seterusnya... so lebey jimat... :)
3) tengah ade promosi -> percuma 10gb usage sehingga 19 dec 2010..lagi percuma rm10 kredit untuk 10 bulan...so...perlu topup rm20 je la untuk 10 bulan pertama..lagi jimat.. :)
4) xpakai simcard sebab dah ade chip kat modem dia.. :)

satu je kelemahan yes4g ni bagi saya la...iaitu.........tiada coverage kat kg halamanku...huk3...

apa-apa pun...setakat ni stil berpuas hati dengan yes4g....tiada lagi kekerutan di kening time main farmville n cafe world kat uma cheras....ahakkksss!! (^_^)

** ape lagi kenkawan...cuba2lah guna yes4g...(promot nampaknye! ihikss... :p)

Friday, December 3, 2010

kesensitipan~

terserlah kesensitipan ku kat ofis arini...
majuk kerana kelaparan...
ajak2...no response...
terus kuar sambil wat muka sedey...huhu

sadisss!!
keseganan lak kerana kesensitipan arini...
hohoho~

minta maap ye kenkawan...
tersensitip sket arini..
ihikss! =p

Monday, November 29, 2010

poetry?? note??

inikah surga cinta yang banyak orang perkatakan..
atau hanya mimpi yang tiada pernah akan berakhir..

terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya pada dia..
x ingin meratapi sedih hidup tanpa dirinya~


---> feeling today...my mind kept singing this lyric... =.=

Monday, October 25, 2010

emo.. ("~")

huhu..aku emo malam nih...gara2 xdapat mengomen kat muka buku...huh!
aiyoo...why2??

xpe2..tunggu besok lusa...
kalo x...unactivate akaun nih kot...huhu
ape gune akaun fb kalau xdapat nak komen2...
haisshhh...kacau tol..(T_T)

sementara tu...cool down baby!
layan lagu maher zain dulu...
4 the rest of my life...
the sweet song...
i love it very much! =)

Friday, October 15, 2010

Anugerah Blogger Harapan

fuiyoo...xdisangka neh...saya mendapat satu lagi award sepanjang memblog...hoye2!! syiok....hihi...
time kasih...thanx to blogger fyez yang telah dengan susah payahnya mengenalpasti saya sebagai salah seorang penerima anugerah ini...saya rasa blog saya ini biasa2 aje deh...xsangka dapat award ini...best sungguh rasanya...rasa cam nak makan kek secret recipe indulgence gitu(siap bagi flavor lagi nih...=p)

mehla saya tunjukkan gambar award ni sebagai bukti...haaaa....jangan x percaya okeh...(^_^)

ini la bukti yang nyata lagi sahih...once again...thanx a lot to fyez...=)

selepas membebel2 ape yg patut pasal award nih...kena la sempurnakan task2 yang diberikan lak kan...baru betul blogger sejati(sejati ke? hik3..=p) ok..let's go to the task bebeh....hihi

1. Kenapa suka 'Memori Sang Muda'

---> wahhhh...selepas membaca blog ini saya tersuka lak...x terjatuh cinta lagi okeh...best n nice entry...simple...penuh perasaan pun ade...ai laikkkk it...=)

blogger ni pemilik award nih rupenya...thanx to the blogger jua sebab memperkenalkan award ini yew...=)

2. Reaksi selepas mendapat award ini

----> rasa syiok...hua3.....sebab da lama xdapat award...bersemangat nak keje di pagi2 hari jumaat ini...sambil mengarang kat blog..kah3....=p

3. Memasing award

----> ye..inilah blogger yang saya kenalpati untuk award ini

1) Memories Never Fade -- ni blog my twin..da brp lama x update daa....tapi entri dia pun nice2 aje...update beb...jangan tinggal lama2 sangat k...kui3..

2) The Colours Of Daisy -- ni blog senior my twin at UMP...tapi dah kenal my twin..mestilah kenal saya...akak ni nice person...best2..thanx sudi kawan ngan twin ida ni ye k.nida...=)

3) Ikhwan's Site -- ni blog group mate kat GEMS..blog yang penuh dengan maklumat....bagus sharul...dengan ini dianugerahkan award nih....hehe

-- nanti kalo ade lagi..saya tambah yew...=p

p/s : nanti nak lagi award...sesape tolong kasi...hik3

(ayat demand award...senget~)

wakakaka... =D

Wednesday, October 13, 2010

bermimpi lagi~

mengapa harus kau mengalah
pada dugaan kau menyerah
sedaya ku tahan gelisah
namun tanpamu aku rebah

katakan ku masih di hati
walau helah x kupeduli
asal lena x dikejuti
kerna ku masih..
bermimpi lagi....

hurmmm...kenapa ade lagu ni??
adesss!!

Wednesday, October 6, 2010

so so happy

hai3x.....what's up sume? sihat x arini...semalam camne? hope baik2 sumenya ye..dan tentunya besok hendakla yg baik2 juga ye...insyaAllah....ketentuan yang maha ESA tidak diduga...=)

arini terasa mau mencoret sedikit di blog ku tersayang...sebabnya....ku bahagia!! terasa sangat2....hihi...(*_^)

bahagia macam dunia ni aku yg punya..walaupun sebenarnya tidak...kui3...hope kebahagian ini takkan berakhir....saya mencintai My Dear sepenuhnya...hope xkan berubah...benar2 berharap...love him so much!! (^_^)

Wednesday, September 8, 2010

~My 24th Years Old Bday~

hohohoho...hari ini besday aku yang ke-24...
uwahhh....cepatnye masa berlalu...
rasenya baru je menyambut besday yang ke-23...
rasenya baru je berhuha-huha kat UTeM....
rasenya baru je bekerja...tapi dh beberapa bulan di sini...
sangat x terasa sekejapnye waktu berlalu...huhu

Hari ini hari istimewa dalam hidupku...
hari ulangtahun kelahiran aku ke dunia ni...
ulangtahun pertama kalinya aku menatap cahaya...
ulangtahun pertama kalinya aku bersuara...
walaupun hanya tangisan yang keluar...
sungguh puitis dan dramatik ayat ini...kui3...=p

Hari ini juga aku rase gembira sangat2...
ramai kawan2 yang wish my birthday...
aku sangat2 menghargai ucapan2 mereka...
itu tandanya mereka stil lagi ingat aku sebagai their fren...
thanks to all of them...
love u all very much!! (^_^)

Hari ini juga mendapat duit raya...
duit raya daripada bos..
Alhamdulillah...syukur...
walaupun baru je beberapa bulan berada di ofis ni...
dah dapat duit raya...
thanks my boss..=)

-----------**Selamat Menyambut Hari Raya yang Mulia**-------------
-----------------------------yunazima--------------------------------------

Saturday, August 14, 2010

yeahaaa~!!

ahaksss....tengah menunggu untuk keluar...
keluar membeli tiket....
hoye!! balik kampung di bulan Ramadhan....
sekarang sambil menunggu...melayan lagu2...
lagu feminin, untukmu....feeling2...hua3....

teringat zaman sekolah dulu..
sume lagu2 jiwang di layan...
lagu feminin,kru,new boyz...
yg english lak westlife,backstreet boys...
siap ade sticker agi,lekat dekat fail...
xpun gunting poster dekat majalah ataupun paper...

hohoho...
xsabar2 nak balik kampung nih....
xsabar2 nak jumpa family...
xsabar2 nak bersahur dan berbuka bersama2....
xsabar2 nak tengok keadaan kampung skrg nih....
aiseyyy...
sumenya membuat hatiku xsabar2....
hahaha....=p

hatiku juga xsabar2 nak meet my sweetheart...
tapi nak balik kampung dulu...
lambat lagi la nak jumpa nih...huhu
xpe la...dah adat duk jauh...heee...=)


*ok la...sape yg nk balik kg posa ni?
selamat pulang ye..
take care u olls...(^_^)

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 2010

Alhamdulillah...segala pujian bagi pencipta alam yang maha agung dan tiada tandinganNYA..
hidup lagi kita pada kali ini untuk sama2 meraikan kedatangan bulan yang menjanjikan ganjaran lumayan bagi muslim yang tahu menghargainya...Ramadhan Al-Mubarak...

Di kesempatan ini, saya...Ruzzaima bt Kamaruldzaman (Yunazima) menyusun sepuluh jari tangan (jari kaki kalo leh...uhuk3...) memohon supaya diampunkan segala kesilapan terutama pada mereka yang pernah terluka,terhiris hatinya disebabkan oleh tingkahlaku dan sikap yang saya tidak sedari...I'M SO SORRY for every mistakes...and i really means it~~!!

Semoga kita semua dapat beribadah dengan tenang dan sempurnanya tanpa sebarang rasa tidak selesa dan rasa ketergangguan dan rasa kekacauan jiwa...May Allah blessing will be with us...amin..


*ayat skema di malam hari..=p